Wednesday 23 May 2012
Nama Saintifik Pokok yang popular!
Salam. kalau diikutkan sya semua pokok teringin nak buat bonsai ha ha... kalau difikirkan pokok durian??? hilang akal ka apa! Cuma terdapat beberapa jenis pokok sahaja yang sesuai dijadikan bonsai kerana sesetengah pokok ada keunikkan tersendiri contohnya nebari yang menarik
( akar), saiz daun yang kecil dan jin-sharinya yang tersendiri...
Berikut antara pokok yang sesuai dijadikan bonsai
01. Ampelas -- Ficus Ampelas/ Beringin
02. Asam Jawa -- Tamarindus Indica
03. Asam Sarap -- Sabinea Sp
04. Bebaru -- Hibiscus Tiliaceus
05. Beruas/ Wahong Laut -- Premna Nouseose
06. Beringin -- Ficus Benjamina
07. Beringin Philippines -- Ficus Nuda
08. Black Olive -- Bucida Spinosa
09. Buddist Pine -- Podocarpus Macrophyllus
10. Bunga Kertas -- Bougainvillea
11. Bunut -- Ficus Microcarpa
12. Buta-buta -- Excoecaria Agalocha
13. Cenderawasih -- Phylantus Neruri
14. Cherry -- Malpighia Glabra
15. Chinese Elm -- Ulmus Parfiflora
16. Cucur Atap -- Beackea Frutescens ,sapu-sapu (indonesia), Xiang Song (taiwan)
17. Cemara Duri -- Juniperus Rigida
18. Cemara Udang -- Casuarina Equisetifolia
19. Cemara Sinensis -- Juniperus Chinensis
20. Cemara Pua -- Cupressus Papuanus
21. Eprik -- Ficus Retusa
22. Fukien Tea -- Ehretia Buxifolia
23. Hokian Tea -- Carmona Mycropilla
24. Indonesia Elm -- Ulmus Lancaefolia
25. Jeliti/ santalia -- Wrightia Religiosa , Water Jasmin, Anting Putri ( indonesia)
26. Jambu Batu -- Psidium Guajaya
27. Kemuning -- Murraya Paniculata
28. Kayu Hitam/ Ribut -- Maba Buxifolia
39. Kupa Landak -- Sysgium Cauliflora
30. Lantana -- Lantana Camara
31. Lucida -- Feronia Lucida
32. Limau Rawit / Jerut Kingkit (indon) -- Tiphasia Tripholia
33. Mapple -- Acer Buergerianum Mig Formosanum
34. Mirten -- Malphigia Coccigera
35. Mulbery -- Morus Alba
36. Mustam -- Diospyros Montana
37. Nea (jade) -- Nea Buxifolia
38. Phusu -- Celtis Chinesis
39. Pung -- Acacia Varnensiana
40. Queenland Small Leaf Fig -- Ficus Eugenoides
41. Rukam -- Flacourtia Indica
42. Sinai/ Pokok Bulang/ Mautain Tea, /Serut(indon) -- Streblus Asper
43. Santigi -- Pempis Acidula
44. Sancang -- Premna Microphylla
45. Seribu Bintang -- Serisa Foetida
46. Sianci -- Malphigia Sp/ Cherry (indon)
47. Sirih Junjung -- Bougaenvillea Specabilis
48. Sisir -- Cudrania Cochinchinensis
49. Siantho -- Eugenia Uniflora
50. Soka/ Tudung Periuk -- Ixora Coccinea
51. Taik Ayam Duri -- Lantana Kamara Linn
52. Tapak Kuda -- Callianbra Emarginata
53. Ulmus -- Ulmus Parfiflora
54. Wahong Liar -- Premna Serratipolia
55. Whangyang -- Buxus Harlandii.
tak kisah la kalau pokok tu jenis apa ! yang penting ada keunikkannya tersendiri cantik di mata melekat di hati ... he he... wassalam.
Saturday 19 May 2012
pokok bonsai untuk dijual!
Berikut pokok bebuas yang nak di let go oleh pemiliknya dengan kadar segera...
jeliti@ santalia size medium |
bebuas kacukan bebuas taiwan saiz kecil |
bebuas pulau kacukan bebuas taiwan |
original bebuas pantai saiz medium |
bebuas kategori besar |
bonsai dalam batu saiz medium |
rakan bongsai...
Full time bonsaist he he...Beliau kiranya mahir selok-belok pasal bonsai jenis bebuas.Lebih 300 pokok bonsai jenis ini menghiasi laman rumah. Tak kekok rasanya kalau sya katakan minat ,tenaga dan wang ringgit dihabiskan dengan minat yang sama.
Inilah orangnya.... Azizi Abd Wahab yang lebih dikenali zizie... |
bonsai kacukan taiwan |
Bebuas pulau? |
bebuas pantai ( premna) |
bebuas pantai@ wahong pantai? ye ke... |
bebuas kategori besar |
bebuas with shari & jin ape tu? |
bebuas baru pas kacuk ( dalam training lagi) |
bebuas kengai... |
cucur atap...mercik! |
Thursday 17 May 2012
Black Wood Tree
Pokok kayu hitam (Maba Buxifolia) dah hampir setahun sya cuba gubah... Secara tidak langsung terjumpa pokok nie di Sanfong Nursery ,Semenyih.Pokok nie dah mcm pokok reject dan dioffer dgn harga yang murah.Apalagi sya pun kebas la... kalau lihat bentuk pokok nie pada mulanya memang tiada nilai ( cabang dan dahan pokok tidak seimbang) Namun, bantuan dari sifu sya abg zizie banyak membantu... lihat tranformasinya bukan reformasi ek... bukan reformasi ek...
2 minggu selepas restruction this pokok haiya... |
pokok kayu hitam diberi nafas baru... |
tunas baru keluar yey.... |
3 minggu selepas make over. |
Pokok kayu hitam (Maba Buxifolia) |
Selepas 6 bulan bertungkus-lumus baru dapat hasil yang belum cukup sempurna... banyak lagi yang perlu di perbaiki lagi... Insyallah sedikit masa lagi siap kot masterpiece yang tidak seberapa.
Penjing...
Sebut pasal penjing kali pertama anjing tu apa plak? he he... menyampuk org tua2 bercakap. Penjing seni yang agak sukar bagi sya mulanya dan sampai sekarang pun agak sukar nak sampaikan pada org yang bertanya pada sya. Pokok bonsai nie mcmmana buat nie? ini la setiap kali kalau orang tengok pokok bonsai simpanan guey nie...
pokok bonsai belum baligh ( dalam training lagi) |
Ini baru je! kita tgk yang nie ... cuba look this one... so artistic! ( sumber Azizi )
Selalunya masaalah media susah diperolehi.... batu bukit dan pokok yang sesuai.Namun terletak atas kreativiti seorang bonsaist tu jugak...( belum layak menerima gelaran tu)
terpegun bukan... |
pokok bebuas jadi mangsa kejadian nie! |
cantik bukan? |
Wednesday 16 May 2012
cucur atap
CUCUR ATAP ( BEACKEA FRUTECENSE)
1. Dimana cucur atap boleh diperolehi?
Cucur atap terdapat di Trengganu, Indonesia, Thailand,Serawak, Kedah, Johor dan Selangor.
2.Bagaimana mengambilnya?
Cucur atap haruslah digali dengan mengambil tanahnya sekali supaya akarnya tidak kering dalam perjalanan. Sebelum ditanam semula sebaiknya tanah asal dibuang terus supaya tidak terdapat akar pokok lain, kebiasaannya terdapat sarang anai-anai pada perdu pokok cucur atap. Anai-anai boleh mematikan pokok dalam tempoh empat bulan ke bawah. Cucur atap adalah spesis yang tahan lasak apabila ianya hidup lebih dari empat bulan.
3. Apakah tanah yang sesuai?
Semua jenis tanah sesuai untuk cucur atap asalkan tanah itu dapat memegang kelembapan yang agak lama, lebih sesuai jika digunakan tanah yang berbutir halus, jadi pastikan tanahnya diayak.
4. Bila dahan boleh mula dibentuk?
Pembentukkan dahan haruslah dilakukan semasa dahan masih kecil dan muda kerana dahan cucur atap cepat keras apabila besar. Pendawaian sebaiknya dilakukan di siang hari dan pastikan tidak disiram sebelum pendawaian. Dahan yang subur dan berair mudah patah apabila dilentur. Dawai boleh dibuka semula dalam tempuh tiga bulan itupun bergantung pada kesuburan pokok.
5. Bila cucur atap sudah dapat dilihat bentuknya?
Dalam tempuh dua tahun cucur atap sudah dapat dilihat bentuk dan designnya cuma masih belum matang saja.
6. Baja apa yang sesuai untuk cucur atap?
Semua jenis baja sesuai tetapi disyorkan guna baja organik. Baja kimia memerlukan air yang cukup kerana tindakbalasnya cepat.
7. Bila tanah perlu ditukar?
Untuk kesuburan yang berterusan sebaiknya tanah ditukar tidak melebihi setahun setengah. Tanah boleh dibuang habis ataupun ditinggalkan 30-40 %. Pastikan pokok ditrim dahulu sebelum repot, masa pucuk mula keluar itulah masa yang paling sesuai merepot pokok. Pastikan berada ditempat teduh untuk beberapa hari.
8. Kenapa cucur atap meranting?
Ramai dikalangan pemain bonsai hanya tahu menyiram dan membaja sahaja. Semua bonsai perlu diracun dengan racun serangga dan kulat. Serangga dan kulat adalah penyebab besar pokok boleh meranting. Pokok bonsai juga perlu diberi vitamin ataupun dipanggil baja tambahan. Biasanya digunakan baja spray seperti contohnya B1.
Ramai pemain dan peminat bonsai yg bertanggapan salah tentang cucur atap. Ramai yg mengatakan cucur atap mudah meranting dan mati akhirnya. Tanggapan ini salah sama sekali.
Berdasarkan pengalaman saya dari tahun 1995 hingga sekarang punca pokok cucur atap meranting dan mati adalah disebabkan:
1) Tidak memilih pokok yg akarnya betul2 kuat utk membuat bonsai.
2) Tidak pernah menukar tanah sejak dari mula menanamnya.
3) Masalah pembajaan ( selalu menukar jenis baja bila disyorkan oleh seseorang ).
4) Penyiraman yg tidak teratur (ramai yg tidak akan menyiram bonsai bila hari hujan walaupun hujan tidak begitu lebat).
5) Membiarkan rumput terlalu panjang dlm pot,semasa mencabut rumput akar cucur atap akan putus dan terkeluar bersama akar rumput.
6) Cucur atap hendaklah dibajai semasa berbunga dan pastikan jangan memotong (trim) daunnya waktu ini.
7) Selepas berbunga iaitu ketika kesemua bunganya menjadi coklat, bunga waktu ini dapat memegang air seperti span, jadi jika hari hujan ataupun jika menyiram pokok pastikan kesemua dahannya dijentik supaya airnya luruh. Air yg melekat waktu ini boleh meluruhkan daun hingga kelihatan jarang (nipis).
Pokok cucur atap mesti ditukar tanahnya setahun sekali, walaupun pokok itu masih kelihatan subur. Tanahnya boleh dibuang habis 100%.
Semua jenis tanah boleh digunakan termasuk pasir malang dan tanah johor, yg mustahaknya cucur atap lebih sesuai ditanam dgn tanah yg halus. Jadi semua jenis tanah haruslah diayak terlebih dahulu.
Pastikan semasa menanam tanahnya masuk ke semua celah celah akar. Jangan sesekali menggunakan jaring hijau yg halus (yg digunakan utk buat almari lauk). Ini kerana lubangnya sangat halus, pokok akan subur utk beberapa bulan sahaja, apabila akar rambu menutupinya ia akan tersumbat dan membuatkan air bertakung. Akibatnya akar pokok menjadi masam dan buruk. Dalam keadaan ini pokok akan meranting dan daunnya akan berubah warna. Gunalah jaring yg lubangnya lebih luas utk menutup lubang pasu. Lagi bermasalah jika pokok itu dibajai, setiap pokok yg bermasalah jangan sesekali dibajai kerana itu adalah cara yg salah, sebaliknya uji tanah itu ataupun cara terbaik tukar terus tanahnya.
( Sumber MaT YiE GArden)
Cucur atap @ colereng atap ( sumber azizi punyer!) |

cucur atap ( sumber Azizi ) |

cucur atap ( masih dara lagi kena touch up lebih) |
( Sumber MaT YiE GArden)
bonsai?
bebuas atas batu... ( dalam training) |
Sometimes, masa nak repot pokok bonsai yang jenis informal nie kena hati2 akar tidak putus dan media tidak terkeluar banyak. ( makesure) prunning pokok bonsai dulu... ( Thanks abg zizie . Adikmu ingat pesananmu) hiks hiks..
han kengai! |
cascade dalam training lagi? |
kengai? or han kengai? |
Bonsai crazy
Alhamdulillah,mujur la abg zizie banyak memberi tunjuk ajar pasal selok -belok pokok bonsai ini. Tak jugak pemberian pokok dari beliau banyak dijadikan contoh untuk usaha menanam dan membentuk pokok bonsai yang baik ( ye la kot). Ingat kali pertama mendawai pokok bebuas kacukan Taiwan. Susah betul... namun kata pepatah "practice makes perfect" tapi tak la seperti cara sifu lain mendawai he he... boleh boleh jer... Pernah jugak mengunjungi ke Semenyih ,Sanfong Nusery bagi mendapat media bonsai yang boleh dijadikan contoh kelak pokok "baby bonsai" yang kat belakang umah nie ( dah jadi sarang ular kata isteriku)
ha ha... antara pokok bonsai yang dalam simpananku kini....
Bebuas pantai kacukan bebuas taiwan |
Bebuas dalam batu... |
Bebuas |
Wahong laut@ bebuas pulau masih dalam training lagi... |
Bebuas dalam masih 3 bulan dalam training... |
Pokok kayu hitam |
Subscribe to:
Posts (Atom)