Wednesday 23 May 2012

Nama Saintifik Pokok yang popular!


   Salam. kalau diikutkan sya semua pokok teringin nak buat bonsai ha ha... kalau difikirkan pokok durian??? hilang akal ka apa!  Cuma terdapat beberapa jenis pokok sahaja yang sesuai dijadikan bonsai kerana sesetengah pokok ada keunikkan tersendiri contohnya nebari yang menarik 
( akar), saiz daun yang kecil dan jin-sharinya yang tersendiri... 
Berikut antara pokok yang sesuai dijadikan bonsai

01. Ampelas -- Ficus Ampelas/ Beringin
02. Asam Jawa -- Tamarindus Indica 
03. Asam Sarap -- Sabinea Sp
04. Bebaru -- Hibiscus Tiliaceus
05. Beruas/ Wahong Laut -- Premna Nouseose 
06. Beringin -- Ficus Benjamina 
07. Beringin Philippines -- Ficus Nuda
08. Black Olive -- Bucida Spinosa 
09. Buddist Pine -- Podocarpus Macrophyllus 
10. Bunga Kertas -- Bougainvillea 
11. Bunut -- Ficus Microcarpa 
12. Buta-buta -- Excoecaria Agalocha
13. Cenderawasih -- Phylantus Neruri
14. Cherry -- Malpighia Glabra 
15. Chinese Elm -- Ulmus Parfiflora
16. Cucur Atap -- Beackea Frutescens ,sapu-sapu (indonesia), Xiang Song (taiwan) 
17. Cemara Duri -- Juniperus Rigida 
18. Cemara Udang -- Casuarina Equisetifolia 
19. Cemara Sinensis -- Juniperus Chinensis 
20. Cemara Pua -- Cupressus Papuanus
21. Eprik -- Ficus Retusa 
22. Fukien Tea -- Ehretia Buxifolia 
23. Hokian Tea -- Carmona Mycropilla
24. Indonesia Elm -- Ulmus Lancaefolia
25. Jeliti/ santalia -- Wrightia Religiosa , Water Jasmin, Anting Putri ( indonesia) 
26. Jambu Batu -- Psidium Guajaya
27. Kemuning -- Murraya Paniculata
28. Kayu Hitam/ Ribut -- Maba Buxifolia
39. Kupa Landak -- Sysgium Cauliflora
30. Lantana -- Lantana Camara 
31. Lucida -- Feronia Lucida
32. Limau Rawit / Jerut Kingkit (indon) -- Tiphasia Tripholia
33. Mapple -- Acer Buergerianum Mig Formosanum 
34. Mirten -- Malphigia Coccigera
35. Mulbery -- Morus Alba
36. Mustam -- Diospyros Montana 
37. Nea (jade) -- Nea Buxifolia
38. Phusu -- Celtis Chinesis 
39. Pung -- Acacia Varnensiana
40. Queenland Small Leaf Fig -- Ficus Eugenoides 
41. Rukam -- Flacourtia Indica
42. Sinai/ Pokok Bulang/ Mautain Tea, /Serut(indon) -- Streblus Asper
43. Santigi -- Pempis Acidula
44. Sancang -- Premna Microphylla
45. Seribu Bintang -- Serisa Foetida 
46. Sianci -- Malphigia Sp/ Cherry (indon)
47. Sirih Junjung -- Bougaenvillea Specabilis 
48. Sisir -- Cudrania Cochinchinensis 
49. Siantho -- Eugenia Uniflora
50. Soka/ Tudung Periuk -- Ixora Coccinea
51. Taik Ayam Duri -- Lantana Kamara Linn
52. Tapak Kuda -- Callianbra Emarginata 
53. Ulmus -- Ulmus Parfiflora
54. Wahong Liar -- Premna Serratipolia 
55. Whangyang -- Buxus Harlandii. 

tak kisah la kalau pokok tu jenis apa ! yang penting ada keunikkannya tersendiri cantik di mata melekat di hati ... he he... wassalam.

Saturday 19 May 2012

pokok bonsai untuk dijual!

Berikut pokok bebuas yang nak di let go oleh pemiliknya dengan kadar segera...



jeliti@ santalia size medium

bebuas kacukan bebuas taiwan  saiz kecil 

bebuas pulau kacukan bebuas taiwan 

original bebuas pantai saiz medium 

bebuas kategori besar 

bonsai dalam batu saiz medium


Kepada yang berminat sahaja dan boleh menghubungi terus kepada pemilik pokok ini atau mengunjungi sendiri ke rumah beliau di Kg Lubuk Kawah,Jitra Kedah. NO TEL 010-3887784 ( azizi)Harga pokok bonsai di atas masih lagi boleh dirunding.

rakan bongsai...



  Salam... dalam blog sya yang sebelum ini banyak menceritakan abg zizie si sifu otai guey yang kuat berjenaka. Asalnya orang Tebegau ,Kuala Kedah dan menetap di Kg Lubuk Kawah,Jitra sekarang nie...
Full time bonsaist he he...Beliau kiranya mahir selok-belok pasal bonsai jenis bebuas.Lebih 300 pokok bonsai jenis ini menghiasi laman rumah. Tak kekok rasanya kalau sya katakan minat ,tenaga dan wang ringgit dihabiskan dengan minat yang sama.
Inilah orangnya.... Azizi Abd Wahab yang lebih dikenali zizie...
   Kebanyakkan pokok bonsai ini dikorek sendiri oleh beliau tidak hairan kadangkala terpaksa bermalam di pulau yang tidak berpenghuni demi mendapat medium yang baik serta tahan lasak...


bonsai kacukan taiwan 
Bebuas pulau?

bebuas saiz medium...


  Bebuas berlatarbelakangkan colereng atap bukit yang sukar ditemui apatah lagi penjagaannya yang sukar jika tidak tahu cara...hu hu... Sya dah banyak kali kecek( loghat utara) nak beli malangnya tuan si pokok nie sayang sangat... ha ha...
  Cuba lihat gambaq di bawah nie plak... bebuas pantai yang tidak buat kacukan tapi mampu memberi suatu yang tidak dapat dinilai...
bebuas pantai ( premna)

bebuas pantai@ wahong pantai? ye ke...



Mai kita tgk bebuas cukup memuas mata sya ,but u org nilai la sendiri k... 

bebuas kategori besar

bebuas with shari & jin ape tu?

bebuas baru pas kacuk ( dalam training lagi)

bebuas kengai...
Pokok bonsai beliau yang paling saya minat... malangnya tuan empunya tak nak jual... namun lihat kat mata pun dah cukup buat hati tenang ja ( selain tengok muka Yasmin yang masih kecik) . Cukup membahagiakan hati sya.

cucur atap...mercik!

Tak kira la kalau pokok bonsai yang kita tak dapat dimiliki cukup indah di mata melekat kat hati pun sudah memadai..Wassalam













Thursday 17 May 2012

Black Wood Tree

Pokok kayu hitam (Maba Buxifolia) dah hampir setahun sya cuba gubah... Secara tidak langsung terjumpa pokok nie di Sanfong Nursery ,Semenyih.Pokok nie dah mcm pokok reject dan dioffer dgn harga yang murah.Apalagi sya pun kebas la... kalau lihat bentuk pokok nie pada mulanya memang tiada nilai ( cabang dan dahan pokok tidak seimbang) Namun, bantuan dari sifu sya abg zizie banyak membantu... lihat tranformasinya bukan reformasi ek... bukan reformasi ek...


2 minggu selepas restruction this pokok haiya...


pokok kayu hitam diberi nafas baru...


tunas baru keluar  yey....


3 minggu selepas make over.




Pokok Kayu Hitam  ehm.... perlu kesabaran yang tinggi.Nak main pokok nie cukup lambat.sya banyak bertanya pada sifu abg zizie,buat research sikit dari laman web dan bacaan berkaitan tentang pokok nie...pendek kata susah kalau tak minat or bersabar. Banyak jugak masa ngan tenaga nak dapat hasil yang baik!

Pokok kayu hitam (Maba Buxifolia)

Selepas 6 bulan bertungkus-lumus baru dapat hasil yang belum cukup sempurna... banyak lagi yang perlu di perbaiki lagi... Insyallah sedikit masa lagi siap kot masterpiece yang tidak seberapa.

Penjing...

Sebut pasal penjing kali pertama anjing tu apa plak? he he... menyampuk org tua2 bercakap. Penjing seni yang agak sukar bagi sya mulanya dan sampai sekarang pun agak sukar nak sampaikan pada org yang bertanya pada sya. Pokok bonsai nie mcmmana buat nie? ini la setiap kali kalau orang tengok pokok bonsai simpanan guey nie...
pokok bonsai belum baligh ( dalam training lagi)

Ini baru je! kita tgk yang nie ... cuba look this one... so artistic! ( sumber Azizi )

terpegun bukan...


pokok bebuas jadi mangsa kejadian nie!

cantik bukan?

Selalunya masaalah media susah diperolehi.... batu bukit dan pokok yang sesuai.Namun terletak atas kreativiti seorang bonsaist tu jugak...( belum layak menerima gelaran tu)

Wednesday 16 May 2012

cucur atap

CUCUR ATAP ( BEACKEA FRUTECENSE) 
Cucur atap @ colereng atap ( sumber azizi punyer!)


1. Dimana cucur atap boleh diperolehi? 
Cucur atap terdapat di Trengganu, Indonesia, Thailand,Serawak, Kedah, Johor dan Selangor. 

2.Bagaimana mengambilnya? 
Cucur atap haruslah digali dengan mengambil tanahnya sekali supaya akarnya tidak kering dalam perjalanan. Sebelum ditanam semula sebaiknya tanah asal dibuang terus supaya tidak terdapat akar pokok lain, kebiasaannya terdapat sarang anai-anai pada perdu pokok cucur atap. Anai-anai boleh mematikan pokok dalam tempoh empat bulan ke bawah. Cucur atap adalah spesis yang tahan lasak apabila ianya hidup lebih dari empat bulan. 

3. Apakah tanah yang sesuai? 
Semua jenis tanah sesuai untuk cucur atap asalkan tanah itu dapat memegang kelembapan yang agak lama, lebih sesuai jika digunakan tanah yang berbutir halus, jadi pastikan tanahnya diayak. 

4. Bila dahan boleh mula dibentuk? 
Pembentukkan dahan haruslah dilakukan semasa dahan masih kecil dan muda kerana dahan cucur atap cepat keras apabila besar. Pendawaian sebaiknya dilakukan di siang hari dan pastikan tidak disiram sebelum pendawaian. Dahan yang subur dan berair mudah patah apabila dilentur. Dawai boleh dibuka semula dalam tempuh tiga bulan itupun bergantung pada kesuburan pokok. 

5. Bila cucur atap sudah dapat dilihat bentuknya? 
Dalam tempuh dua tahun cucur atap sudah dapat dilihat bentuk dan designnya cuma masih belum matang saja. 

6. Baja apa yang sesuai untuk cucur atap? 
Semua jenis baja sesuai tetapi disyorkan guna baja organik. Baja kimia memerlukan air yang cukup kerana tindakbalasnya cepat. 

7. Bila tanah perlu ditukar? 
Untuk kesuburan yang berterusan sebaiknya tanah ditukar tidak melebihi setahun setengah. Tanah boleh dibuang habis ataupun ditinggalkan 30-40 %. Pastikan pokok ditrim dahulu sebelum repot, masa pucuk mula keluar itulah masa yang paling sesuai merepot pokok. Pastikan berada ditempat teduh untuk beberapa hari. 

8. Kenapa cucur atap meranting? 
Ramai dikalangan pemain bonsai hanya tahu menyiram dan membaja sahaja. Semua bonsai perlu diracun dengan racun serangga dan kulat. Serangga dan kulat adalah penyebab besar pokok boleh meranting. Pokok bonsai juga perlu diberi vitamin ataupun dipanggil baja tambahan. Biasanya digunakan baja spray seperti contohnya B1. 
cucur atap ( sumber Azizi )

Ramai pemain dan peminat bonsai yg bertanggapan salah tentang cucur atap. Ramai yg mengatakan cucur atap mudah meranting dan mati akhirnya. Tanggapan ini salah sama sekali. 

Berdasarkan pengalaman saya dari tahun 1995 hingga sekarang punca pokok cucur atap meranting dan mati adalah disebabkan: 

1) Tidak memilih pokok yg akarnya betul2 kuat utk membuat bonsai. 
2) Tidak pernah menukar tanah sejak dari mula menanamnya. 
3) Masalah pembajaan ( selalu menukar jenis baja bila disyorkan oleh seseorang ). 
4) Penyiraman yg tidak teratur (ramai yg tidak akan menyiram bonsai bila hari hujan walaupun hujan tidak begitu lebat). 
5) Membiarkan rumput terlalu panjang dlm pot,semasa mencabut rumput akar cucur atap akan putus dan terkeluar bersama akar rumput. 
6) Cucur atap hendaklah dibajai semasa berbunga dan pastikan jangan memotong (trim) daunnya waktu ini. 
7) Selepas berbunga iaitu ketika kesemua bunganya menjadi coklat, bunga waktu ini dapat memegang air seperti span, jadi jika hari hujan ataupun jika menyiram pokok pastikan kesemua dahannya dijentik supaya airnya luruh. Air yg melekat waktu ini boleh meluruhkan daun hingga kelihatan jarang (nipis). 

Pokok cucur atap mesti ditukar tanahnya setahun sekali, walaupun pokok itu masih kelihatan subur. Tanahnya boleh dibuang habis 100%. 

Semua jenis tanah boleh digunakan termasuk pasir malang dan tanah johor, yg mustahaknya cucur atap lebih sesuai ditanam dgn tanah yg halus. Jadi semua jenis tanah haruslah diayak terlebih dahulu. 

Pastikan semasa menanam tanahnya masuk ke semua celah celah akar. Jangan sesekali menggunakan jaring hijau yg halus (yg digunakan utk buat almari lauk). Ini kerana lubangnya sangat halus, pokok akan subur utk beberapa bulan sahaja, apabila akar rambu menutupinya ia akan tersumbat dan membuatkan air bertakung. Akibatnya akar pokok menjadi masam dan buruk. Dalam keadaan ini pokok akan meranting dan daunnya akan berubah warna. Gunalah jaring yg lubangnya lebih luas utk menutup lubang pasu. Lagi bermasalah jika pokok itu dibajai, setiap pokok yg bermasalah jangan sesekali dibajai kerana itu adalah cara yg salah, sebaliknya uji tanah itu ataupun cara terbaik tukar terus tanahnya. 
cucur atap ( masih dara lagi kena touch up lebih)




( Sumber MaT YiE GArden)

bonsai?

Salam... kadang2 bila dengar lagu ombak rindu kat radio teringat pokok bonsai kat umah bila balik kampar maklum la takdak sapa nak tolong siram he he...Mujur la ada jiran adik jas ngan pak cik li tolong siram masa ketiadaan patik di rumah... kalau tak mati bonsai sya...Biasanye bonsai yang susah nak jaga kelembapan pokok tidak semestinya hujan lebat kita tidak perlu siram... Contoh pokok dibawah nie....
bebuas atas batu... ( dalam training)
jenis mcm nie susah jugak nak jaga.... dah banyak kali slope air ( bahasa utara) kurang air la.Daunnye layu tapi syukur la berdaun kembali...

Sometimes, masa nak repot pokok bonsai yang jenis informal nie kena hati2 akar tidak putus dan media tidak terkeluar banyak. ( makesure) prunning pokok bonsai dulu... ( Thanks abg zizie .  Adikmu ingat pesananmu) hiks hiks..
han kengai!
cascade dalam training lagi?

kengai? or han kengai?
bebuas semi cascade? entah la...

susahkan kalau fikirkan? seni bonsai nie perlukan kesabaran yang tinggi serta minat yang mendalam dan jangan takut mencuba! yang penting SABAR... he he ( puas jugak dgr leteran si isteri) wasalam...




Bonsai crazy

Salam, Minat , masa dan wang ringgit dipertaruhkan demi pokok bonsai. he he... Kalau dah minat , cantik di mata melekat kat hati! Kadang kala tak dapat tido malam kalau tak lihat si pokok bonsai yang ku minati seketika... tambahan si isteri banyak beri support maklum la.. asyik melekat kat rumah ja 24 jam.... Pokok bonsai merupakan satu seni yang unik tapi bukan senang jika kita bergerak secara berseorangan.
Alhamdulillah,mujur la abg zizie banyak memberi tunjuk ajar pasal selok -belok pokok bonsai ini. Tak jugak pemberian pokok dari beliau banyak dijadikan contoh untuk usaha menanam dan membentuk pokok bonsai yang baik ( ye la kot). Ingat kali pertama mendawai pokok bebuas kacukan Taiwan. Susah betul... namun kata pepatah "practice makes perfect" tapi tak la seperti cara sifu lain mendawai he he... boleh boleh jer... Pernah jugak mengunjungi ke Semenyih ,Sanfong Nusery bagi mendapat media bonsai yang boleh dijadikan contoh kelak pokok "baby bonsai" yang kat belakang umah nie ( dah jadi sarang ular kata isteriku)
ha ha... antara pokok bonsai yang dalam simpananku kini....
Bebuas pantai kacukan bebuas taiwan
Bebuas dalam batu...
Bebuas
Wahong laut@ bebuas pulau masih dalam training lagi...
Bebuas dalam masih 3 bulan dalam training...

Pokok kayu hitam